Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim



Gambar Hiasan


Al-Quran telah merakamkan dan menceritakan kepada kita kisah nabi Ibrahim yang mempunyai pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh  diambil serta dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan kita.Kisah tersebut telah dilalui oleh baginda dengan penuh kesabaran, ketaatan,dan kecintaan kepada Allah swt.

Baginda pernah dibakar atas perintah raja Namrud yang zalim ketika baginda berdakwah kepada kaumnya.Baginda juga sabar dalam menanti kehadiran anak di dalam keluarganya ketika usianya telah lanjut.Tiba saat memperoleh anak,Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim agar membawa anak dan isterinya ke  suatu tempat yang jauh dan diperintahkan untuk meninggalkan mereka berdua di tengah-tengah padang pasir yang tandus tanpa mempunyai apa-apa bekalan.

Read More »

RAMADHAN INI.

Aku hadir tika itu,
Betapa kau sambut penuh harapan
Bak pelangi bersinar selepas hujan
Kau sedar hadirku punya signifikan
Untuk kau memetik bintang pengampunan
Berlindung dalam panji Ilahi.

Read More »

Puasa - TAKRIF,PENSYARIATAN DAN RAHSIA

Gambar Hiasan

Puasa dari sudut bahasa bererti : Menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan. Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.(1)

قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا

"Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman". (Maryam : 26)

Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.

Puasa dari sudut syarak pula bermaksud  menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.


Read More »

Menuju Ramadhan Yang Terancang !



Ramadhan semakin mendekati kita. Tinggal kurang seminggu saja dari sekarang. Apakah kita sudah mula berkira-kira dan merancang persiapan menujunya? Apakah kita sudah mula mendidik anak-anak kita di rumah, kawan-kawan kita di sekolah untuk mula melakukan persiapan menujunya?
Kalau belum, maka marilah merancang bersama kami !
Tetapi, kenapa kita perlu merancang pula? Tidak bolehkah kita masuk begitu saja ke dalam Ramadhan? Tak bolehkah kalau kita masuk ke dalam Ramadhan, kita puasa sajalah, bukan susah pun, kan?
Sebab apa perlu merancang?


Read More »

Recent Posts

Get in Touch