KORBAN atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahratau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
DALIL PENSYARIATAN
Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembah yang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembah yang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Allah
S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Haj
ayat 37:
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa darikamu".
SabdaRasulullah
S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
HUKUM KORBAN
KORBAN merupakan salah satu sembelihan yang disyariatkan sebagai ibadah dan amalan mendekatkan diri kepada Allah. Hal inilah yang dinyatakan IbnulQayyim dalam pernyataannya :
“Sembelihan-sembelihan yang menjadi amalan mendekatkan diri kepada Allah
dan ibadah adalah Al-Hadyu, Al-Adhhiyah (korban) dan Al-Aqiqah” [1].
Disyariatkannya korban sudahmerupakan ijma' yang disepakati kaum muslimin [2]. Namun tentang hukumnya masih diperselisihkan para ulama, yang
terbagi dalam beberapa pendapat.
-Pertama: Wajib Bagi Yang Mampu.
Demikian ini pendapat Abu Hanifah dan Malik. Mazhab ini pun dinukil dari Rabi’ah
Al-Ra’yi, Al-Auza’i, Al-Laits bin Sa’ad [3] dan salah satu riwayat dari Ahmad bin
Hanbal [4]. Pendapat ini dirajihkan oleh IbnuTaimiyah [5]. Dan
Syaikh Ibnu Utsaimin berkata :
“Pendapat yang mewajibkan bagi orang yang
mampu adalah kuat, kerana banyaknya dalil yang menujukkan perhatian dan kepedulian
Allah padanya” [6]
-Kedua : Sunnah Atau Sunnah Muakkad Bagi Yang Mampu
-Kedua : Sunnah Atau Sunnah Muakkad Bagi Yang Mampu
Inilah pendapat jumhur ulama [7]. Al-Hafizh Ibnu Hajar menukil pernyataan Ibnu Hazm yang
mengatakan:
“Tidak sahih dari seorang pun dari para sahabat yang menyatakan wajibnya.
Yang benar, menurut jumhur, korban itu tidak wajib. Dan tidak ada perselisihan,
jika ia merupakan salah satu syi’ar agama” [8]
-Ketiga : Fardhu Kifayah
Ini merupakan satu pendapat dalam mazhab Syafi’i.
MEMAKNAKAN KORBAN
Kadang-kala korban hanya difahami secara ritual
semata-mata, tanpa ada cubaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Kegagalan memaknakan korban dalam erti
kata yang sebenar menyebabkan ibadah korban hanya dipandang sebagai satu agenda wajib
yang akan diulang saban tahun.
Sangat penting bagi umat Islam
menghayati erti sebuah pengorbanan, seperti mana pengorbanan yang
dilakukan oleh Saidina Ibrahim a.s yang
diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Saidina Ismail a.s,
juga sepertimana pengorbanan junjungan besarNabi Muhammad
s.a.w dalam mengharungi perjalanan dakwah baginda selama 23 tahun.
Lalu kita tertanya-tanya, sebagai seorang mahasiswa apakah erti korban pada kita?
Jawapannya sudah tentu berbeza dan pelbagai. Yang
pasti ia sangat sinonim dengan kalimah pegorbanan.
Mungkin sebahagian mahasiswa berpendapat, pengorbanan itu dari aspek wang ringgit
dan juga meninggalkan tanah air demi menggenggams egulung ijazah. Sebahagian lain pula
berpendapat,
pengorbanan mereka adalah dari aspek perasaan perasaan rindu terhadap keluarga dan kampung halaman.
Tidak ketinggalan yang
mengatakan bahawa sangat perlu untuk mengorbankan hawa nafsu dan kesenangan demi
menuntut ilmu Tuhan.
PENUTUP
Walauapa pun erti pengorbanan bagi kita,
ia tidak menjadi masalah selagi tidak bertentangan dengan syariat. Yang terpenting ialah bagaimana kita memaknakan korban dalam hidup kita supaya tarbiyah korban terkesan terhadap iman dan amal seharian kita.
Sahabat, tidak ada satu pun perintah Tuhan yang
sia-sia tanpa tujuan. Tinggal lagi samada kita mahu mencari hikmah daripada setiap perintahNya atau hanya melaksanakan perintah tersebut tanpa sebarang kefahaman. Mari
kita pasakkan azam dan harapan baru, mudah-mudahan Aidil Adha kali
ini mendatangkan makna korban yang sangat besar dalam diri kita.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi Jordan!
[1].
Lihat Abdul Aziz bin Muhammad Ali Salman, Ithaf Al-MusliminBimaTayassara Min
Ahkam Ad-Din, IlmunwaDalilun, Cet. II, Th 1403H, hal. 2/505
[2].LihatIbnuQudamah, Al-Mughni (11/94) danIbnuHajar, Fathul Bari Bi SyarhiShahih Al-Bukhari, tanpacetakandantahun, Al-Maktabah Al-Salafiyah 10/3
[3].Lihar Dr Ahmad Muwafi, Taisir Al-Fiqhi Al-Jami Li Likhtiyarat Al-FiqhiyahLisyaikh Al-Islam IbnuTaimiyah, CetakanPertama, Tah 1416H, Dar Ibnu Al-Jauzi, Dammam, KSA (3/1210)
[4]. Lihatmakalah Abu Bakr Al-Baghdadi yang yangberjudulJuzun Fi UdhhiyahwahukmuIkhrajiha An Balad Al-Mudhahi, Majalah Al-Hikmah, hal 22 tanpaedisidantahun
[5]. LihatTaisir Al-Fqh, op.cit (3/1208) menukildariMajmuFatawa (23/162)
[6]. LihatIbnuUtsaimin, Syarhu Al-MumtiAlaZaad Al-Mustaqni, Tahqiq Khalid bin Ali Al-MusyaiqihdanSulaiman Aba Khail, Cet 1, Th 1416H, MuassasahAsaam, Riyadh KSA (7/519)
[7]. Lihat An-Nawawi, MajmuSyarhu Al-Muhadzdzab, Tahqiq Muhammad Najib Al-Muthi’i, tanpacetakandantahun, DaarIhya Al-Turats Al-Arabi (8/354).
[8]. LihatFathul Bari, op.cit (10/3)

No comments:
Post a Comment