Muslimah Dan Akhlaknya





          Wanita Islam merupakan bahagian daripada masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dan mempunyai posisi yang sangat penting. Ia mempunyai kewajipan terhadap Allah, dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan terhadap Islam. Pada kali ini akan sedikit dibahas tentang kewajipan seorang muslimah terhadap dirinya sendiri, masyarakat dan Islam.

Kewajipan Terhadap Diri Sendiri

Kewajipan seorang muslimah terhadap dirinya adalah berhias dengan akhlaq yang mulia sebagai cermin dari keimanan yang ada di dalam dirinya.
Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah : 

1. Hati yang lembut dan perasaan yang sensitif.
Rasulullah sebagai ikutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang sangat lembut.

2. Jujur.
Sifat ini mutlak harus ada pada diri setiap muslimah. Jujur dalam kehidupannya, selalu berhati-hati dengan segala ucapannya agar lidahnya tidak tergelincir pada perkataan yang dusta.

3. Berani & mempunyai fizikal yang kuat.
Bagaimana seorang muslimah yang berani dan kuat ? 
Asma binti Abu Bakar adalah salah seorang wanita yang dapat dijadikan contoh. Dimana dalam masa kehamilannya beliau berjalan melintasi padang pasir dan menaiki bukit sambil membawa bekal bagi Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar yang ketika itu bersembunyi di Gua Tsur. 
Manakala keberanian dalam berpendapat dapat kita ambil contoh teguran Kaulah binti Sa’labah kepada Ummar bin Khattab yang pada masa kekhalifahannya hendak membatasi harga mahar.

4. Menjauhi teman yang buruk.
Pada prinsipnya teman yang buruk adalah teman yang menjauhkan kita dari mengingat Allah dan mengajak kita pada perbuatan yang mengundang murka Allah. Teman seperti inilah yang harus kita hindari, kerana akhlaq seseorang itu dapat dilihat dari akhlaq teman karibnya.
Kewajiban terhadap persekitarannya. Seorang muslimah hidup dalam suatu lingkungan masyarakat dan saling berinteraksi dengan mereka.


Dalam berinteraksi dengan sesamanya seorang muslimah harus memiliki hal-hal sebagai berikut :

1. Sikap adil.
Ia harus mampu bersikap adil kepada orang-orang di sekitarnya. Tidak membezakan antara yang satu dengan yang lainnya.

2. Mengambil berat terhadap orang lain.
Ini berlaku apabila  situasi dan keadaan saudaranya yang sedang mempunyai masalah. Mengambil berat bukan bererti hanya mengetahui bagaimana keadaan saudaranya, tetapi juga berusaha untuk menunjukkan perhatiannya .

3. Hati yang pengasih.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk menunjukkan rasa sayangnya itu.

4. Menjaga hak-hak orang lain.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajipan bagi diri kita untuk memenuhinya. Sebagai contoh, hak seorang muslim dari muslim yang lain adalah dikunjungi ketika ia sakit. 

Kewajipan terhadap Islam


Diantara kewajipan muslimah terhadap Islam adalah penyertaannya dalam menyebarkan syiar-syiar Islam. Dengan selalu berperilaku baik, menjaga adab-adab islam, dan membina hubungan baik dengan masyarakat, maka secara tidak langsung ia telah turut hadir dalam menyebarkan nilai-nilai Islam. Dari sinilah orang dapat melihat dan merasakan indahnya islam sebagai rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Selain itu seorang muslimah juga dituntut untuk dapat berperan aktif dalam membina masyarakatnya sesuai dengan kemampuan dan kelebihan masing-masing. 

Aisyah r.a adalah salah satu isteri Rasulullah yang pandai tentang ilmu hadits, fiqh, dan kedoktoran. Kemampuan tersebut beliau ajarkan kepada para muslimah lainnya dalam rangka  membina masyarakat pada saat itu. 

Demikianlah kewajipan seorang muslimah yang harus ia jalankan. Dengan mengetahui kewajipan-kewajipan tersebut diharapkan bahawa setiap muslimah akan sedar bahawa dia hidup bukan untuk dirinya sendiri, dan dia juga islam bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga hidup dan islam bagi masyarakatnya, dan harus turut serta dalam menyebarkan nilai-nilai islam tersebut. Tanggungjawabnya begitu besar, dan kelak akan dipertanggungjawabkan  di akhirat kelak.

Wallahua’lam.




Read More »

Niat - Perkara Pertama Dan Utama


Oleh : Syeikh Soleh bin Abdul Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، نبينا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ يَقُوْلُ: إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسْولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُّنيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهٍجُرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

“Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah karena mencari dunia atau karena ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang dia tuju.” (HR. Bukhari no. 1, Muslim no. 155, 1907).

Kedudukan Hadits

Hadits ini begitu agung hingga sebahagian ulama salaf mengatakan
“Hendaknya hadits ini dicantumkan di permulaan kitab-kitab yang membahas ilmu syar’i.”
Oleh kerana itu Imam Al Bukhari memulai kitab Shahih-nya dengan mencantumkan hadits ini.
Imam Ahmad berkata "Poros agama Islam terletak pada 3 hadits, iaitu

1.Hadits Umar إنما الأعمال بالنيات
2.Hadits ‘Aisyah من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
3.Hadits An Nu’man bin Basyir الحلال بين والحرام بين. "

Perkataan beliau ini memiliki maksud, iaitu bahwasanya amalan seorang mukallaf berkisar antara melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Dua hal ini termasuk dalam perkara halal atau haram. Selain itu terdapat jenis ketiga iaitu perkara syubhat yang belum diketahui secara jelas hukumnya dan ketiga perkara ini terdapat dalam hadits An Nu’man bin Basyir. Dan telah diketahui bersama, seorang yang hendak mengamalkan sesuatu, baik melaksanakan suatu perintah atau meninggalkan larangan harus dilandasi dengan niat agar amalan tersebut benar. Maka nilai suatu amal bergantung kepada adanya niat yang menentukan amalan tersebut apakah termasuk amalan soleh dan diterima. Kemudian segala perkara yang diwajibkan atau dianjurkan Allah ‘azza wa jalla, secara lahiriah harus diukur dengan timbangan sehingga amalan itu sah dan yang menjadi timbangan dalam hal ini adalah hadits ‘Aisyah.



Oleh kerana itu, hadits ini senantiasa diperlukan di setiap perkara, di saat melaksanakan perintah, meninggalkan larangan dan ketika berhadapan dengan perkara syubhat. Berdasarkan hal itu, kedudukan hadits ini begitu agung, kerana seorang mukallaf senantiasa memerlukan niat, baik dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan perkara yang haram atau syubhat. Semua perbuatan tersebut itu tidak akan bernilai kecuali diniatkan untuk mencari wajah Allah jalla wa ‘alaa.

Tafsiran Ulama Mengenai “Sesungguhnya Seluruh Amalan Itu Bergantung Pada Niatnya”
Terdapat beberapa lafaz dalam sabda beliau  إنما الأعمال بالنياتterkadang lafaz النية dan العمل disebutkan dalam bentuk tunggal atau jama' walaupun demikian kedua bentuk tersebut memiliki makna yang sama, karena lafadz العمل dan النية dalam bentuk tunggal mencakup seluruh jenis amalan dan niat.

Definisi Amal

الأعمال adalah bentuk jamak dari العمل, iaitu segala sesuatu yang dilakukan seorang mukallaf dan ucapan termasuk dalam definisi ini. Yang perlu diperhatikan maksud amal dalam hadits tersebut tidak terbatas pada ucapan, perbuatan atau keyakinan semata, namun lafaz الأعمال dalam hadits di atas adalah segala sesuatu yang dilakukan mukallaf berupa perkataan, perbuatan, ucapan hati, amalan hati, perkataan lisan dan amalan anggota tubuh.
Maka seluruh perkara yang berkaitan dengan iman termasuk dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam [Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya] karena iman terdiri dari ucapan (baik ucapan lisan maupun ucapan hati) dan amalan (baik amalan hati dan amalan anggota tubuh). 

Maka seluruh perbuatan mukallaf tercakup dalam sabda beliau di atas.

Namun keumuman lafadz الأعمال dalam hadits ini tidaklah mutlak, karena yang dimaksud dalam hadits tersebut hanya sebagian amal saja, tidak mutlak walaupun lafaznya umum. Hal ini dapat diketahui bagi mereka yang telah mempelajari ilmu usul. Kerana segala amalan yang tidak dipersyaratkan niat dalam pelaksanaannya tidaklah termasuk dalam sabda beliau إنما الأعمال بالنيات contohnya seperti meninggalkan keharaman, mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi, menghilangkan najis dan yang semisalnya.



Permasalahan Niat

Jika niat adalah keinginan dan kehendak hati, maka niat tidak boleh diucapkan dengan lisan karena tempatnya adalah di hati karena seseorang berkeinginan atau berkehendak di dalam hatinya untuk melakukan sesuatu. 
Maka amalan yang dimaksud dalam hadits ini adalah amalan yang dilandasi dengan keinginan dan kehendak hati, atau dengan kata lain amalan yang disertai pengharapan untuk mendapatkan wajah Allah. Oleh kerana itu makna niat ditunjukkan dengan lafaz yang berbeza-beza. Terkadang dengan lafadz الإرادة dan terkadang dengan lafadz الابتغاء atau lafadz lain yang semisalnya.

Seperti firman Allah,


لِلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang (berniat) mencari wajah Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung.” (QS. Ar Ruum: 38)

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap (berniat mendapatkan) wajah-Nya.” (QS. Al Kahfi: 28)


Atau dengan lafaz الابتغاء seperti firman Allah,

إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الأعْلَى
“Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keridhaan Tuhannya yang Maha tinggi.” (QS. Al Lail: 20)


Makna Niat

Lafaz niat yang tercantum dalam firman Allah ‘azza wa jalla atau yang digunakan dalam syariat mengandung dua makna.

Pertama, niat yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri dan yang kedua bermakna niat yang berkaitan dengan Zat yang disembah (objek/sasaran peribadatan).
 Maka niat itu ada dua jenis:


-Jenis Pertama, niat yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri. Niat dengan pengertian semacam ini sering digunakan ahli fiqh dalam pembahasan hukum-hukum ibadah iaitu ketika mereka menyebutkan syarat-syarat suatu ibadah, semisal perkataan mereka “Syarat pertama dari ibadah ini adalah adanya niat” 
Niat dalam perkataan mereka tersebut adalah niat dengan makna yang pertama, iaitu niat yang berkaitan dengan zat ibadah itu sendiri sehingga mampu dibezakan dengan ibadah yang lain.

-Jenis yang kedua, adalah niat yang berkaitan dengan Zat yang disembah (objek/sasaran peribadatan) atau sering dinamakan dengan الإخلاص iaitu memurnikan hati, niat dan amal hanya kepada Allah ‘azza wa jalla.


Jadi kedua makna niat di atas tercakup dalam hadits ini. Sehingga makna sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam إنما الأعمال بالنيات adalah sesungguhnya keabsahan suatu ibadah ditentukan oleh niat, iaitu niat yang berfungsi untuk membezakan ibadah yang satu dengan ibadah yang lain dan niat yang bermakna mengikhlaskan peribadatan hanya kepada Allah. Sehingga tidak tepat pendapat yang mengatakan bahwa niat yang dimaksud dalam hadits tersebut adalah niat yang bermakna ikhlas saja atau pendapat yang mengatakan ikhlas tidak termasuk dalam perkataan ahli fiqh ketika membahas permasalahan niat.

Kedua, niatkan kepada selain Allah itu terjadi ketika sedang melaksanakan ibadah. Terdapat dua kondisi untuk permasalahan ini:

-Kondisi pertama, orang tersebut membatalkan niatnya yang semula ikhlas dan digantikan dengan niatkan kepada selain Allah, maka hukumnya seperti permasalahan pertama di atas, kerana dia telah membatalkan niatnya yang semula ikhlas kemudian memperuntukkan ibadah tersebut kepada makhluk selain Allah.

-Kondisi kedua, seseorang memulai ibadahnya dengan ikhlas kemudian memperindah ibadahnya seperti memperpanjang solatnya karena orang lain melihatnya, atau memanjang rukuknya di luar kebiasaannya kerana seseorang melihatnya. Maka hal ini tidak merosak pokok amalannya yang terletak di permulaan ibadah karena dia melakukannya dengan ikhlas, namun yang rosak adalah amalan yang tercampur dengan riya’ dan dia adalah seorang musyrik yang melakukan syirik asghar (syirik kecil)-wal ‘iyadzu billah.


-Ketiga, seseorang yang merasa senang dengan pujian orang lain setelah dia melakukan ibadah kepada Allah Ta’ala dengan ikhlas seperti seseorang yang solat, menghafal Al Quran, berpuasa ikhlas kepada Allah ta’ala kemudian orang lain memujinya dan dia merasa senang dengan hal tersebut. Dalam kondisi ini, hal tersebut tidaklah membatalkan pokok amalannya karena dia melakukan amalan tersebut dengan niat ikhlas kepada Allah dan niatnya tidak berubah ketika sedang melaksanakannya namun rasa senang tersebut muncul setelah dia selesai mengerjakan amalan tersebut. Hal ini adalah kabar gembira baginya sebagaimana disebutkan dalam hadits,

تلك عاجل بشرى المؤمن
“Hal tersebut merupakan kabar gembira yang disegerakan bagi seorang mukmin, yaitu dia mendengar pujian manusia kepadanya karena ibadah yang dilakukannya padahal dia tidak menginginkannya.” 


Pembagian Amal

Amalan juga terbagi dua, apabila ditinjau dari sisi niat yang mengiringinya.

- Pertama, amalan yang hanya boleh diniatkan untuk memperoleh wajah Allah dan tidak boleh diiringi dengan niat untuk memperoleh ganjaran di dunia. Jenis ini terdapat di sebahagian besar perkara ibadah.


-Kedua, perkara ibadah yang didorong oleh Allah untuk dilakukan dengan menyebutkan ganjarannya di dunia, seperti menyambung kekerabatan sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaknya dia menyambung kekerabatan.” (HR. Bukhari nomor 1925, 5526)

Atau seperti sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

من قتل قتيلا فله سلبه
“Barang siapa yang membunuh musuh dalam peperangan, maka harta orang tersebut menjadi miliknya.” (HR. Malik 3/339; Tirmidzi 6/66; Ath Thabrani 6/392-394; Ad Darimi 7/436; Ibnu Hibban 14/119, 20/199)


Maka di dalam hadits ini terdapat dorongan untuk berjihad disertai penyebutan ganjaran di dunia. Maka dalam amalan model ini, boleh bagi seseorang mengharapkan ganjaran di dunia (di samping mengharapkan niat mencari wajah Allah), karena tidak mungkin hal tersebut disebutkan kecuali Dia mengizinkan hal tersebut.

Oleh kerananya, boleh bagi seseorang menyambung kekerabatan dengan niat ikhlas kepada Allah, namun di samping itu dirinya berharap mendapatkan ganjaran di dunia seperti kelapangan rezeki dan umur yang panjang. Atau seseorang berjihad untuk mendapatkan ghanimah (rampasan perang) dan niatnya ikhlas kepada Allah, maka hal ini diperbolehkan dan niatnya tersebut tidak termasuk sebagai syirik dalam niat karena Allah telah mengizinkan hal tersebut dengan menyebutkan ganjarannya di dunia apabila dilakukan.


Sehingga amalan itu terbagi menjadi dua, yakni ibadah yang disebutkan ganjarannya di dunia oleh Allah ‘azza wa jalla dan ibadah yang tidak disebutkan ganjarannya di dunia oleh Allah ‘azza wa jalla. Hal ini disebutkan dalam firman Allah ‘azza wa jalla,

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لا يُبْخَسُونَ
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka Balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.” (QS. Huud: 15)


Namun yang perlu diperhatikan bahwa darjat seseorang yang menyambung kekerabatan dengan niat ikhlas kepada Allah lebih tinggi dan lebih besar pahalanya daripada seseorang yang menyambung kekerabatan untuk mendapatkan dunia di samping niat ikhlas kepada Allah. Oleh karena itu, para ulama salaf di antaranya adalah Imam Ahmad ketika ditanya mengenai hal ini, maka beliau menjawab,
 “Pahalanya sesuai dengan kadar niatnya.”


Niat untuk mendapatkan dunia ini tidaklah membatalkan pokok amalnya akan tetapi pahalanya berkurang sesuai kadar niatnya terhadap dunia. Sehingga semakin ikhlas kepada Allah dalam amalan model ini, maka semakin besar pula pahalanya dan begitu pula sebaliknya.


Sekelumit Tentang Hijrah

Huruf fa’ (الفاء)dalam sabda beliau فمن كانت هجرته berfungsi untuk merinci jenis amalan yang terkadang ditujukan kepada Allah atau ditujukan kepada selain Allah dan dalam hadits ini Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan permisalan dengan hijrah.

Hijrah (الهجرة) bermakna (الترك) meninggalkan. Pada dasarnya, tujuan berhijrah adalah berhijrah kepada Allah ‘azza wa jalla dengan ikhlas dan mengharapkan pahala yang ada di sisi-Nya dan juga berhijrah kepada rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu dengan mengikuti dan tunduk kepada ajaran yang beliau bawa.

Terdapat dua golongan dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,
فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

-Pertama, golongan yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya dengan niat ikhlas sehingga mendapatkan ganjaran dan pahala dari hijrah yang dilakukakannya. Salah satu contoh dalam masalah ini adalah seseorang yang berhijrah dari negeri syirik dan kufur menuju negeri Islam atau seseorang yang berhijrah dari daerah yang penuh kebid’ahan dan kemungkaran menuju daerah yang menegakkan sunnah dan minima kemungkaran. Adapun hukumnya dibahas dalam kitab-kitab fiqh secara terperinci.

-Kedua, golongan yang berhijrah disebabkan motivasi duniawi sebagaimana dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Golongan ini seperti seorang pedagang yang berhijrah untuk mendapatkan harta atau seorang yang berhijrah untuk menikahi wanita yang dipujanya, maka hijrah yang dilakukannya tidaklah mendatangkan pahala dan terkadang dirinya memperoleh dosa.

Wallahua'lam.


Read More »

Peristiwa Israk Dan Mikraj Ialah Penegasan Terhadap Tauhid

Gambar Hiasan
Di dalam lipatan sejarah umat Islam, antara peristiwa yang terhebat ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Ia merupakan di antara mukjizat terbesar serta tanda kerasulan Nabi SAW. Di dalamnya terdapat banyak peristiwa yang perlu kita jadikannya sebagai pengajaran dan pedoman sepanjang hidup.

Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam iaitu ibadah solat.

Read More »

Jahiliyah seorang dai’e

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSWZ8aHddJp46Ut2D9BgF5sChs6LV0_Gzjr15uvXDjDyUF0EmMtW8ubLAvxIIUJ-QtxcTU9LX12lzzsL2MBUsz8XOLpFJj6YlYfRjeOe-snB6LiddN6etzKQmGt61MjOtMvY136jlvVV2s/s1600/bekal_seorang_daie_by_forensicist-d35h207.jpg
Gambar Hiasan

Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.

Read More »

Recent Posts

Get in Touch