Wanita Islam merupakan bahagian daripada masyarakat yang tidak
dapat dipisahkan dan mempunyai posisi yang sangat penting. Ia mempunyai
kewajipan terhadap Allah, dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan terhadap
Islam. Pada kali ini akan sedikit dibahas tentang kewajipan seorang muslimah
terhadap dirinya sendiri, masyarakat dan Islam.
Kewajipan Terhadap Diri Sendiri
Kewajipan seorang muslimah terhadap dirinya adalah berhias dengan akhlaq
yang mulia sebagai cermin dari keimanan yang ada di dalam dirinya.
Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah :
Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah :
1. Hati yang lembut dan perasaan yang sensitif.
Rasulullah sebagai ikutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang sangat lembut.
Rasulullah sebagai ikutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang sangat lembut.
2. Jujur.
Sifat ini mutlak harus ada pada diri setiap muslimah. Jujur dalam kehidupannya, selalu berhati-hati dengan segala ucapannya agar lidahnya tidak tergelincir pada perkataan yang dusta.
Sifat ini mutlak harus ada pada diri setiap muslimah. Jujur dalam kehidupannya, selalu berhati-hati dengan segala ucapannya agar lidahnya tidak tergelincir pada perkataan yang dusta.
3. Berani & mempunyai fizikal yang kuat.
Bagaimana
seorang muslimah yang berani dan kuat ?
Asma binti Abu Bakar adalah salah
seorang wanita yang dapat dijadikan contoh. Dimana dalam masa kehamilannya
beliau berjalan melintasi padang pasir dan menaiki bukit sambil membawa
bekal bagi Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar yang ketika itu bersembunyi di Gua
Tsur.
Manakala keberanian dalam berpendapat dapat kita ambil contoh teguran
Kaulah binti Sa’labah kepada Ummar bin Khattab yang pada masa kekhalifahannya
hendak membatasi harga mahar.
4. Menjauhi teman yang buruk.
Pada prinsipnya teman yang buruk adalah teman yang menjauhkan kita dari mengingat Allah dan mengajak kita pada perbuatan yang mengundang murka Allah. Teman seperti inilah yang harus kita hindari, kerana akhlaq seseorang itu dapat dilihat dari akhlaq teman karibnya.
Kewajiban terhadap persekitarannya. Seorang muslimah hidup dalam suatu lingkungan masyarakat dan saling berinteraksi dengan mereka.

Dalam berinteraksi dengan sesamanya seorang muslimah harus
memiliki hal-hal sebagai berikut :
1. Sikap adil.
Ia harus mampu bersikap adil kepada orang-orang di sekitarnya. Tidak membezakan antara yang satu dengan yang lainnya.
Ia harus mampu bersikap adil kepada orang-orang di sekitarnya. Tidak membezakan antara yang satu dengan yang lainnya.
2. Mengambil berat terhadap orang lain.
Ini berlaku apabila situasi dan keadaan saudaranya yang sedang mempunyai masalah. Mengambil berat bukan bererti hanya mengetahui bagaimana keadaan saudaranya, tetapi juga berusaha untuk menunjukkan perhatiannya .

3. Hati yang pengasih.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk menunjukkan rasa sayangnya itu.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk menunjukkan rasa sayangnya itu.
4. Menjaga hak-hak orang lain.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajipan bagi diri kita untuk memenuhinya. Sebagai contoh, hak seorang muslim dari muslim yang lain adalah dikunjungi ketika ia sakit.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajipan bagi diri kita untuk memenuhinya. Sebagai contoh, hak seorang muslim dari muslim yang lain adalah dikunjungi ketika ia sakit.
Kewajipan terhadap Islam
Diantara kewajipan muslimah terhadap Islam adalah penyertaannya dalam
menyebarkan syiar-syiar Islam. Dengan selalu berperilaku baik, menjaga adab-adab
islam, dan membina hubungan baik dengan masyarakat, maka secara tidak langsung
ia telah turut hadir dalam menyebarkan nilai-nilai Islam. Dari sinilah orang
dapat melihat dan merasakan indahnya islam sebagai rahmatan lil ‘alamin (rahmat
bagi seluruh alam).
Selain itu seorang muslimah juga dituntut untuk dapat berperan aktif dalam membina masyarakatnya sesuai dengan kemampuan dan kelebihan masing-masing.
Aisyah r.a adalah salah satu isteri Rasulullah yang pandai
tentang ilmu hadits, fiqh, dan kedoktoran. Kemampuan tersebut beliau ajarkan
kepada para muslimah lainnya dalam rangka membina masyarakat pada saat itu.
Demikianlah kewajipan seorang muslimah yang harus ia jalankan. Dengan mengetahui kewajipan-kewajipan tersebut diharapkan bahawa setiap muslimah akan sedar bahawa dia hidup bukan untuk dirinya sendiri, dan dia juga islam bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga hidup dan islam bagi masyarakatnya, dan harus turut serta dalam menyebarkan nilai-nilai islam tersebut. Tanggungjawabnya begitu besar, dan kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment