Aku
hadir tika itu,
Betapa kau sambut penuh harapan
Bak pelangi bersinar selepas hujan
Kau sedar hadirku punya signifikan
Untuk kau memetik bintang pengampunan
Berlindung dalam panji Ilahi.
Betapa kau sambut penuh harapan
Bak pelangi bersinar selepas hujan
Kau sedar hadirku punya signifikan
Untuk kau memetik bintang pengampunan
Berlindung dalam panji Ilahi.
Walaupun aku penghulu kepada mereka,
Janganlah kau memulaukan yang lain,
Kerana mereka juga sebahagian dari kembara
Diari seorang insan bergelar hamba.
Janganlah kau memulaukan yang lain,
Kerana mereka juga sebahagian dari kembara
Diari seorang insan bergelar hamba.
Aku
bersyukur saat kita bersua,
Kau pelihara pandangan tercela,
Kau rawat hanya tutur bermakna,
Kau tepis tiupan bunyi badai dusta,
Langkah, kudratmu mengganda iman
Seinci kezaliman kau lihat deras kau cantas
Tatkala ajal berbisik halus,
Duduk dan sujudmu semakin subur membasahi
Berantakan irama lantunan ayat-ayat suci
Malam kau rasa bagaikan hari
Mendamba sebuah misteri di ruang penantian
Giat kudratmu memancing Lailatul Qadar sebagai habuan.

Dinukil oleh:
Muhammad Naqiyuddin,
Tahun 1 Usulluddin,
Universiti Yarmouk,Jordan
No comments:
Post a Comment