Gambar Hiasan |
Al-Quran
telah merakamkan dan menceritakan kepada kita kisah nabi Ibrahim yang mempunyai
pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh diambil serta dijadikan sebagai panduan dalam
kehidupan kita.Kisah tersebut telah dilalui oleh baginda dengan penuh kesabaran,
ketaatan,dan kecintaan kepada Allah swt.
Baginda pernah
dibakar atas perintah raja Namrud yang zalim ketika baginda berdakwah kepada
kaumnya.Baginda juga sabar dalam menanti kehadiran anak di dalam keluarganya
ketika usianya telah lanjut.Tiba saat memperoleh anak,Allah telah memerintahkan
Nabi Ibrahim agar membawa anak dan isterinya ke
suatu tempat yang jauh dan diperintahkan untuk meninggalkan mereka
berdua di tengah-tengah padang pasir yang tandus tanpa mempunyai apa-apa bekalan.