Gambar Hiasan |
Al-Quran
telah merakamkan dan menceritakan kepada kita kisah nabi Ibrahim yang mempunyai
pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh diambil serta dijadikan sebagai panduan dalam
kehidupan kita.Kisah tersebut telah dilalui oleh baginda dengan penuh kesabaran,
ketaatan,dan kecintaan kepada Allah swt.
Baginda pernah
dibakar atas perintah raja Namrud yang zalim ketika baginda berdakwah kepada
kaumnya.Baginda juga sabar dalam menanti kehadiran anak di dalam keluarganya
ketika usianya telah lanjut.Tiba saat memperoleh anak,Allah telah memerintahkan
Nabi Ibrahim agar membawa anak dan isterinya ke
suatu tempat yang jauh dan diperintahkan untuk meninggalkan mereka
berdua di tengah-tengah padang pasir yang tandus tanpa mempunyai apa-apa bekalan.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّى سَيَهْدِينِ - رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ - فَبَشَّرْنَـهُ بِغُلَـمٍ حَلِيمٍ - فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْىَ قَالَ يبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤمَرُ سَتَجِدُنِى إِن شَآءَ اللَّهُ مِنَ الصَّـبِرِينَ - فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ - وَنَـدَيْنَـهُ أَن يإِبْرَهِيمُ - قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَآ إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِينَ - إِنَّ هَـذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ - وَفَدَيْنَـهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى الاٌّخِرِينَ سَلَـمٌ عَلَى إِبْرَهِيمَ كَذَلِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِينَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ وَبَشَّرْنَـهُ بِإِسْحَـقَ نَبِيّاً مِّنَ الصَّـلِحِينَ وَبَـرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَـقَ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَـلِمٌ لِّنَفْسِهِ مُبِينٌ
Maksudnya:
“dan Nabi
Ibrahim pula berkata;aku hendak (meninggalkan kamu)pergi kepada Tuhanku,ia akan
memimpinku (ke jalan yang benar).-99
“wahai Tuhanku!kurniakanlah
kepada ku anak yang terhitung dari orang-orang soleh!”.-100
“lalu
kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan,bahawa ia akan beroleh anak
yang sabar.-101
“maka
ketika anaknya itu sampai(peringkat umur yang membolehkan dia)berusaha
bersama-sama dengannya,nabi Ibrahim
berkata :”wahai anak kesayanganku!sesungguhnya aku melihat di dalam
mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.anaknya
menjawab:”wahai ayah,jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu;insyaAllah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.-102
”setelah
kedua-duanya berserah bulat-bulat(menjunjung perintah Allah itu),dan nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah,(kami
sifatkan Ibrahim-dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah
kami).-103
“serta
kami menyerunya:”wahai Ibrahim!-104
“engkau
telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”.demikianlah sebenarnya
kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebajikan.-105
“sesungguhnya
perintah ini adalah satu ujian yang nyata;-106
“dan kami
tebus anaknya itu dengan seekor binatanag sembelihan yang besar;-107
“dan kami
kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;-108
“salam
sejahtera kepada Ibrahim!”-`109
“demikianlah
kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebajikan.-110
“sesungguhnya nabi Ibrahim
itu hamba-hamba kami yang beriman.-111
“dan kami
pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan,bahawa ia akan
beroleh(seorang anak):ishak,yang akan menjadi nabi,yang terhitung dari
orang-orang yang soleh.-112
“dan kami limpahi berkat kepadanya dan kepada
(anaknya):ishak,dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan
kebajikan,dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata ,terhadap dirinya
sendiri.-113.
Ekoran daripada peristiwa tersebut, ibadah korban
telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Antara tujuan ibadat ini dilakukan
ialah untuk mengingati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh
Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s . Setelah baginda mendapat wahyu
oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan ibadah korban ini, dan ia menjadi
satu amalan Islam yang dilaksanakan pada setiap hari raya Aidiladha dan pada
hari-hari Tasyrik. Firman Allah dalam surah al-Kawthar ayat 2 bermaksud:
"… tunaikanlah solat kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban
(sebagai tanda bersyukur)".(1)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan
al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari
raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari
kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh
di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka
berkiralah diri kamu dengan korban".(2)
Hikmah dan pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini.Antaranya ialah;
Pengorbanan
Dalam konteks kehidupan
kita sekarang sebagai seorang mahasiswa muslim,kita sanggup melaksanakan ibadah korban sebagai bukti
ketaatan kita kepada Allah.persoalannya,mengapakah kita tidak sanggup melakukan
pengorbanan yang sama terhadap perintah Allah yang lain?adakah kita hanya
bersemangat melaksanakan perintah Allah hanya mengikut waktu dan musim?kenapa
kita masih lagi lalai dan sibuk dengan urusan keduniaan sehingga mengabaikan
solat-solat yang wajib.kita dituntut untuk mengobankan masa,tenaga,wang ringgit
dan sebagainya dalam menegakkan agama islam.tetapi dalam masa yang sama tindakan
kita seolah-olah menjatuhkan agama islam.kita sanggup berkorban masa malam kita
dengan melakukan perkara yang membuang masa seperti
melayari facebook berjam-jam,bermain game bola
,menonton cerita-cerita atau drama,tetapi ibadah solat subuh kita terabai.qiyamulllail
yang sepatutnya diamalkan sebagai penuntut ilmu tidak dilaksanakan .kita
mengimpikan kejayaan dalam pelajaran,tetapi dalam masa yang sama kita tidak
hadir ke kelas dan tidak hormat kepada guru-guru .kita.persolannya,dimanakah bukti
pengorbanan kita dan bentuk apakah pengorbanan yang kita ingin carikan?di
sana,terdapat pelbagai permasalahan umat-umat islam yang hanya berkorban ke
arah suatu perkara,tetapi perkara lain dia terabai.sedangkan islam menuntut
umatnya untuk berkorban dalam mencapai sesuatu perkara yang kita
inginkan.barulah islam akan berjaya.Sempena perayaan idul adha ini,mari kita mengambil semangat dengan memuhasabah kembali segala tindakan dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian agar kembali kepada fitrah dan melakukan perbuatan dengan berlandaskan ajaran islam.mari kita renung kembali pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dalam menegakkan agama islam.mereka sanggup mengorbankan harta benda,masa,tenaga bahkan nyawa dalam memburu syahid.mari kita contohi Rasulullah dan para sahabatnya yang merupakan role model kepada umat islam.kita pula dituntut untuk berkoban dalam mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu sahaja.sesungguhnya dalam kehidupan kita,kita diuji dengan adanya musuh-musuh yang perlu dilawan iaitu syaitan dan nafsu.nafsu sering mengajak kita kepada perkara kelazatan dan kepuasan.manakala syaitan pula sentiasa menghasut kita agar tidak taat kepada Allah dan rasul.hakikatnya,kita sebagai muslim perlu melawan segala bisikan syaitan nafsu dan jadikanlah mereka sebagai musuh utama dalam diri kita.Allah SWT telah menyebut di dalam surah al-Fatir ayat 6, maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".jika berjaya melawa segala godaan syaitan dan nafsu,insyaAllah kita akan beroleh kejayaan di dunia dan diakhirat.(4)
Kesabaran
Sebagaimana Nabi Ibrahim sabar dalam menerima ujian daripada Tuhannya.begitu juga kita dituntut sabar dan redha terhadap ujian yang menimpa dalam hidup kita.Allah berfirman;”sungguh,Allah bersama orang-ornag yang sabar.(albaqarah ;153).kadang kala kita ditimpa ujian dan musibah seperti sakit,lemah semangat dalam belajar dan sebagainya.sepatutunya kita perlu mengamalkan sikap tenang menghadapi ujian tersebut serta sentiasa bersangka baik kepada Allah.kita perlu melihat kembali apakah tindakan kita yang boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.terdapat di sana kisah-kisah salafus soleh yang berkait dengan sabar.setiap muslimim dituntut agar bersikap sabar setiap kali menghadapi musibah.ini adalah kerana hikmah yang besar yang terdapat di sebalik ujian tersebut.sabar itu memang pahit,namun kepahitan itu seperti ubat bagi mengubati tubuh yang sedang sakit.(5)
“Daripada suhaib ar-rumi,Rasulullah SAW telah bersabda;”sungguh mengagumkan perkara seorang muslim,semua perkara yang terjadi pada)dirinya,selalu baik untuk untuknya.sekiranya mendapat kesenangan,dia terus bersyukur.maka ia sangat baik untuknya.jikalau ditimpa musibah,dia terus bersabar.ini pun menjadi baik untuknya.(HR muslim).
TIPS MENGHADAPI MUSIBAH
Seorang muslim harus mengubah fikirannya bahawa setiap ujian yang menimpanya harus dilalui dengan penuh kesabaran dan keredaan kepada Tuhannya.beberapa tips menghadapi musibah yang ingin disebutkan di sini ialah;
- setiap kali menghadapi musibah,kita dituntut untuk menjaga fikiran kita sepositif mungkin.
- membayangkan betapa besarnya balasan Allah untuk setiap musibah yang dihadapi.
- kita hendaklah berfikir secara mendalam tatkala melihat musibah dengan memerhatikan dari pelbagai sudut.
KESIMPULAN
Sesungguhnya terdapat banyak hikmah dan pengajaran di sebalik kisah pengorbanan nabi Ibrahim ke atas anaknya,iaitu nabi Ismail.oleh itu,sempena perayaan Eidul Adha dan kelebihan di awal bulan Zulhijjah ini,marilah sama-sama kita mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah serta membetulkan niat kita di dalam kehidupan.Beberapa persoalan perlu ditanya di dalam diri.Adakah niat dan visi hidup kita selama ini benar?Kemanakah arah tujuan hidup kita?Apakah ukuran kejayaan kita dalam menuntut ilmu?dan apa yang paling penting ialah apakah target yang ingin kita capai selama kita hidup berpuluh-puluh tahun hidup di dunia ini?.Walaubagaimanapun,perubahan itu kembali kepada diri kita sendiri sama ada mahu berubah atau tidak.Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan melakukan amal soleh serta dalam kalangan ahli syurga.
RUJUKAN
1,2,3-“menghayati semangat adidil adha-ustaz dr sukki
(syauqi)uthman.
4,5,6-“buku rasul mulia,umat mulia,akhlak
mulia0ustaz umar Muhammad noor
Muhamad Nizar Bin Ishak,
Tahun 2,Fiqh Wal Usulu,Universiti Yarmouk.
No comments:
Post a Comment