Penghayatan kalimah tayyibah



Kedatangan nabi s.a.w ke alam ini tidak lain tidak bukan membawa dua perkara dasar yang mesti diyakini dan dipegang ummat Islam.Pertama rahmat agama yang tidak hanya dikhususkan kepada sekelompok bangsa dan kaum sahaja bahkan rahmat agama yang dibawa oleh nabi s.a.w meliputi semua ummat manusia bagi menjamin kebahagian hidup mereka di akhirat kelak.Tiada erti hidup di dunia dan di akhirat jika seorang individu tidak berpegang dengan agama ini.Keduanya,petunjuk kepada ummat Islam yang mengakui keesaan Allah azza wajala dengan ucapan penyaksian kalimah tayyibah.Pengakuan keimanan tidak cukup hanya ucapan dibibir,tapi ia mesti dibuktikan dengan pelakuan hamba-Nya dengan melakukan apa yg dituntut oleh syarak.


Kalimah Tayyibah

Amal yang dilaksanakan oleh setiap muslim mesti mempunyai hasil dan keuntungan yang diraih kelak. Tiada manusia yang mahukan setiap amalan mereka tidak membawa manfaat dan hasil di kemudian hari.Inilah cara fikir yang membezakan orang Muslim dan non-Muslim yang perlu diletakkan dalam diri orang Mu'min. Lihat,bagaimana Allah mendatangkan perumpamaan kalimah tayyibah itu seperti pokok yang kuat akar menunjang ke tanah yang bisa menatijahkan buah yang baik kepada manusia setiap musim. Hilangnya jati diri muslim pada hari ini kerana cara pemikiran dan salahnya mereka menilai dan memahami kehidupan dalam perspektif Islam.

“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat peumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik,akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan keizinan Tuhannya. Allah telah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk,yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi;tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuatkan yang dia kehendaki.”

(Surah Ibrahim ayat 24-27)

Menurut tafsir al-Tabari,Allah memberi perumpamaan pokok yang buruk seperti mana kekufuran.Yang mana orang-orang kafir tidak menerima balasan amal soleh yang dilakukan sama ada di dunia mahupun di akhriat(amalan tersebut tidak diterima di sisi Allah) dan tidak lah ia kekal di dunia dan diangkat (diterima) ke langit.

Dunia tempat persinggahan

Dunia tempat manusia beramal dengan amalan baik untuk meraih dan mendapat hasil di akhirat kelak. Tiada manusia yang terlepas daripada ketetapan ini melainkan mereka yang tidak berpegang dengan Islam. Dengan mafhum ini bukanlah Islam melarang ummat nya mengejar kemajuan,kepakaran dan kemodenan dalam dunia tapi kemajuan tersebut mesti dilandasi dengan tuntutan syarak. Dalam masa yang sama,kemodenan yang dikecapi seiring dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sejagat dan membawa kebaikan buat ummat.Bukan model dan acuan wahyu jika ia diaplikasikan akan mendatangkan kesan buruk terhadap masyarakat umum.

Kemenangan yang hakiki.

Titik noktah kehidupan ummat Islam tidak hanya di dunia.Kehidupan di dunia hanya medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan akhirat.Oleh itu,kemenangan hakiki kita selaku ummat sejauh mana masa yang diberi oleh Allah kepada kita untuk "diniagakan" bagi meraih keuntungan di akhirat kelak.Tiada peniaga yang berniaga tidak mahu untung,tiada peniaga yang berniaga tidak mahu kaya.Jadi,letak kan mind set kita bahawa kemenangan ummat Islam bila mereka mendapat redha dan masuk Syurga Allah taala kelak.


Pegangan ummat Islam dengan kalimah tayyibah perlu dihayati secara mendalam agar mereka tidak semata-mata ucap dan percaya tapi perlu diaplikasi dan diperjuangkan dalam ruang lingkup dakwah yang lebih luasa.Apakah makna ucapan kalimah tayyibah itu kalau keIslaman seseorang boleh dipertikai dengan ucapan dan perilaku.




Nik Mohamed Heidzir
Ekonomi dan Perbankan Islam
Universiti Yarmouk,Jordan

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Get in Touch