Aplikasi Ilmu Dalam Kehidupan



gambar hiasan



Imam Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: Daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
"Hukum menyampaikan ilmu kepada manusia dan kepada mereka yang diharap dapat mengamalkan ilmu tersebut adalah fardu ain walaupun penyampai sendiri tidak mengamalkannya."



Imam Abdul Wahab al-Sya’rani menambah: Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
“Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja.Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya.Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan.Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim An Najdi rahimahullah mengatakan: “Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain. Fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya.Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam, seseorang harus mengiringi dengan amalan, sebab orang yang berilmu yang tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang yang bodoh."


Di dalam hadis disebutkan: “Orang yang paling keras siksanya adalah seorang berilmu dan tidak diberi manfaat oleh Allah dengan sebab ilmunya.” Orang semacam inilah yang termasuk satu di antara tiga orang yang dijadikan sebagai bahan bakar pertama untuk menyalakan api neraka.

Di dalam sebuah syair dikatakan:

Orang alim yang tidak mahu

Mengamalkan ilmunya

Mereka akan disiksa sebelum

Disiksanya para penyembah berhala. (lihat Hasyiyah Tsalatsatul Ushul, hal. 12)

Ancaman Bagi Orang yang Berilmu Tapi Tidak Beramal

Syeikh Nu’man bin Abdul Karim Al Watr mengatakan: “Di dalam al-Quran, Allah Taala sering sekali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan.Dan Allah mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.”

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid RA: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”

Oleh sebab itu ilmu harus diamalkan.Solat harus ditegakkan.Zakat juga harus ditunaikan, dan sebagainya. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak memiliki tujuan lain dalam menciptakan makhluk kecuali supaya mereka beribadah kepadaNya. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (QS Az-Dzariyaat: 56)” (Lihat Taisirul Wushul, hal. 10)

Berilmu Tidak Beramal Menyerupai Kaum Yahudi

Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Maksud perkataan beliau (Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab): “Beramal dengannya” adalah beramal dengan perkara-perkara yang dituntut oleh ilmu ini, iaitu beriman kepada Allah, mentaatiNya dengan cara melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Beramal dengan ibadah yang khusus mahupun ibadah yang umum.Ibadah yang khusus seperti solat, puasa dan haji.Sedangkan ibadah yang umum ialah seperti beramal ma’ruf dan nahi munkar, berjihad di jalan Allah dan sebagainya.

Pada hakikatnya amal adalah buah ilmu.Barang siapa yang beramal tanpa ilmu maka dia telah menyerupai orang Nasrani.Dan barang siapa yang berilmu tapi tidak beramal maka dia telah menyerupai orang Yahudi.” (Lihat Syarhu Tsalatsatul Ushul, hal. 22)
Ancaman Bagi Orang yang Berilmu Tapi Tidak Beramal

Syeikh Nu’man bin Abdul Karim Al Watr mengatakan: “Di dalam al-Quran, Allah Taala sering sekali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan.Dan Allah mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.”

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid RA: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”

Oleh sebab itu ilmu harus diamalkan.Solat harus ditegakkan.Zakat juga harus ditunaikan, dan sebagainya. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak memiliki tujuan lain dalam menciptakan makhluk kecuali supaya mereka beribadah kepadaNya. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (QS Az-Dzariyaat: 56)” (Lihat Taisirul Wushul, hal. 10)

Ilmu Akan Menjadi Pembela Atau Penentangmu

Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Dan hendaknya diingat bahawa seseorang yang tidak beramal dengan ilmunya, maka ilmunya itu kelak akan menjadi bukti yang menjatuhkannya.”

Hal ini sebagaimana terdapat dalam hadis Abu Barzah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai dia akan ditanya tentang empat perkara, di antaranya adalah tentang ilmunya, apa yang sudah diamalkannya.”

Ini bukan hanya berlaku bagi para ulama saja, sebagaimana anggapan sebahagian orang.Akan tetapi semua orang yang mengetahui suatu perkara agama maka itu bererti telah tegak padanya hujah.Apabila seseorang memperoleh suatu pelajaran dari sebuah pengajian atau khutbah Jumaat yang di dalamnya dia mendapatkan peringatan dari suatu kemaksiatan yang dikerjakannya sehingga dia pun mengetahui bahawa kemaksiatan yang dilakukannya itu adalah haram, maka ini juga adalah ilmu.

Dan terdapat hadis yang sah dari Abu Musa Al Asy’ari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dan al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah untuk menjatuhkan dirimu.” (HR. Muslim) (Hushulul Ma’mul, hal. 18)
Mengamalkan Ilmu Adalah BaHAgian dari Siratul Mustaqim

Setiap kali solat kita sentiasa memohon petunjuk kepada Allah agar diberi hidayah menuju dan meniti jalan yang lurus atau siratul mustaqim.Apakah yang dimaksud siratul mustaqim?

Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “(Siratul Mustaqim) adalah jalan terang yang akan mengantarkan hamba menuju Allah dan masuk ke dalam SyurgaNya. Hakikat jalan itu adalah mengetahui kebenaran dan mengamalkannya…” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)

Kemudian Allah memperjelaskan hakikat siratul mustaqim ini di dalam ayat berikutnya: “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.” (QS Al-Fatihah)

Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “Shirathalladziina an’amta ‘alaihim adalah jalan para Nabi, orang-orang siddiq, para syuhada dan orang-orang soleh, ‘bukan’ jalan “orang-orang yang dimurkai” iaitu orang-orang yang telah mengetahui kebenaran akan tetapi tidak mahu mengamalkannya, seperti halnya orang Yahudi dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka. Bukan pula jalan ‘orang-orang yang sesat’ iaitu orang-orang yang meninggalkan kebenaran di atas kebodohan dan kesesatan, seperti halnya orang Nasrani dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka.” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)

Oleh sebab itulah kita disarankan agar selalu memohon hidayah kepada Allah SWT; baik hidayah ilmu (hidayatul irsyad) mahupun hidayah amal (hidayatu taufiq).

Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan: “Seandainya bukan kerana betapa besar keperluan hamba untuk meminta hidayah sepanjang siang dan malam, tentulah Allah tidak akan menuntunnya untuk melakukan hal itu.”

Kerana sesungguhnya seorang hamba sentiasa memerlukan bimbingan Allah SWT pada setiap saat dan keadaan supaya dia memperoleh ketegaran di atas hidayah, mengukuhkan diri di dalamnya, mendapatkan pencerahan, hidayah semakin bertambah dan berterusan di dalam dirinya.

Kerana seorang hamba tidak mampu menguasai barang sedikitpun manfaat mahupun mudarat bagi dirinya sendiri, kecuali yang diinginkan Allah SWT. Sehingga Allah SWT pun membimbingnya agar meminta petunjuk pada setiap waktu, yang dengan sebab itu Allah SWT akan membentangkan pertolongan, ketegaran dan taufiq kepadanya.

Maka orang yang berbahagia adalah orang yang diberi taufiq oleh Allah Ta’ala untuk selalu meminta petunjuk, kerana Allah menjamin akan mengabulkan permintaan orang yang berdoa kepadaNya. Terlebih lagi apabila orang yang meminta sedang berada dalam keadaan tersepit dan sangat merasa perlu kepada Allah, di waktu siang mahupun malam… (Tafsir Ibnu Katsir, I/37-38).Wallalhua’lam

DISEDIAKAN OLEH;

NUR NIKMAH BINTI ABDUL HAMID
TAHUN 2,FEQH WA USULUH,
UNIVERSITI MU'TAH


1 comment:

  1. Subhanallah..bagos perkongsian ni..
    Berilmu, beramal, bertaqwa.

    ReplyDelete

Recent Posts

Get in Touch