Ke Arah Pembinaan Generasi Ulul-al-Bab





SabdaRasulullah SAW yang bermaksud:

“Menuntut ilmu itu adalah wajib di atas setiap orang Muslim.”

Perkataan Al-Albab merupakan perkataan bahasa arab yang berasal dari kata dasar Al-Lub(dalam). Apabila dikatakan UlulAlbab bererti seseorang yang mendalami dan mengkaji sesuatu.Untuk tafsiran UlulAlbab ini mungkin sesuai kita petik daripada firman Allah SWT di dalam Al Quran, apabila Allah menceritakan tentang kelompok-kelompok manusia yang mereka ini berlawanan dengan UlulAlbab.Siapakah mereka itu?Firman Allah di dalam Al Quran,



لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Ertinya: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami, dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.Merekaitulah orang-orang yang lalai.” (surah Al A’raf, 7:179)

Maksudnya di siniadalah orang yang dikurniakan pelbagai nikmat dan pancaindera seperti mata, telinga, tetapi tidak memanfaatkannya untuk kebaikan.Maka Allah menyindir dan menggelarkan mereka ini seperti binatang ternakan, bahkan mereka itu lebih sesat lagi.

Perkataan ‘ululalbab’ disebutdalam al-Quran sebanyak enam belas kali.Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan UlulAlbab yang digunakanoleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi.Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal.
Makamembina golongan UlulAlbab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran.Sebaliknya adalah dengan mewujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang  benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-siadanseterusnya.

Lihat Allah sifatkan golongan UlulAlbab ini; (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah UlulAlbab” (al-Zumar: 17-18).
Maka tidak termasuk dalam golongan UlulAlbab mereka yang menelan apa sahaja berita yang didengar dan khabar yang disampaikan tanpa mampu membuat penilaian yang baik. Bukan dari golongan UlulAlbabmasyarakat yang dipenuhi dengan berita palsu, khabar angin, fitnah meng fitnah dan segala keburukan yang lain. Juga bukan UlulAlbab masyarakat yang menelan apa sahaja khabar yang termuat dalam media dan internet  tanpa mampu membuat penilaian yang betul.

Bahkan saya kata; tidak menjadi UlulAlbab mereka  yang mendengar ceramah di masjid atau surau jika menelan semua yang diceramahkan itu tanpa menilai dengan nilaian yang betul dan matang.Bukan sedikit  juga pandangan atau pendapat yang dibuat atas nama agama atau oleh orang yang bergelar agama tetapi tidak menepati agama.
Bukan sedikit jua mereka yang memakai gelaran ‘pensyarah pengajian tinggi’ atau ‘pakar itu dan ini”, namun dalam banyak perkara mereka hanya mengikut tanpa berfikir, menurut tanpa memahami.Justeru itu golongan UlulAlbab hanyalah “mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik”.

Al-Quran dalam mensifatkan golongan UlulAlbab menyatakan: (maksudnya) Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai UlulAlbab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100)

Ululalbab selalu berorientasi ke masa depan, iaitu masa depan yang paling jauh, bukan hanya di dunia, tetapilebih-lebih lagi masa depan di Akhirat nanti. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan berlangsung sangat pendek, yang abadi dan tidak terbatas adalah kehidupan di Akhirat nanti.Oleh sebab itu apa pun  yang  dilakukan oleh ululalbab  di dunia ini selalu berorientasi untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat nanti.
“Berbekallah, dansesungguhnyasebaik-baiknya bekal adalah takwa dan bertakwalah k epada-Ku hai ulul-albab.”  ( surah Al-Baqarah: 197 )
MAKA JADILAH KITA GOLONGAN ULUL ALBAB,BUKAN GOLOGAN BERFIKIRAN LEMBAB.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Get in Touch