Puasa Hari Asyura Dan Pensyariatannya





Tahun 1434 hijrah telah pun  melabuhkan tirainya,kini tahun 1435 hijrah pula menjengah dalam kehidupan kita  .sebagai muslim,kita wajib bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi dipertemukan untuk melayari kehidupan dalam tahun baru islam ini.begitulah sunnatullah,hari akan berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan sehinggalah tahun akan berganti tahun.akhirnya kita akan menempuhi juga kematian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.apa yang pentingnya,sebagai muslim kita hendaklah bersiap sedia dalam menempuhi kematian yang akan datang pada  bila-bila masa dengan persiapan amalan-amalan soleh dan sebagainya.bukanlah  kita hidup di dunia untuk berseronok-seronok,mengejar kehidupan dunia,dan mencari harta.akan tetapi,kita perlu sedar bahawa kita diutus di dunia ini untuk beribadat kepada Allah SWT serta memakmurkan muka bumiNYA.kita juga perlu menerima hakikat bahawa semakin bertambah umur kita,semakin dekatnya kita kepada kematian.apakah kita bersedia menghadapi kematian?jawapan itu hendaklah dipersoalkan di dalam lubuk hati kita dengan perasaan sepenuh ikhlas kepada Allah.sempena tahun baru islam 1435 hijrah ini,marilah kita sama-sama memperbaharui azam dan niat kita dalam kehidupan ini dengan niat untuk berubah menjadi hamba Allah yang paling baik ,meningkatkan amal ibadat kepada Allah dan sebagainya.


Bulan muharram merupakan salah satu bulan yang terdapat dalam kalendar islam tahun hijrah.di dalamnya terdapat amalan-amalan yang sangat dituntut untuk melakukannya.salah satunya adalah amalan berpuasa pada hari Asyura yang menjadi sunnah baginda SAW dan para sahabatnya.

PUASA ASYURA

Terdapat banyak hadis-hadis menyebutkan tentang puasa pada hari asyura yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.sejarah permulaan tentang puasa hari Asyura bermula apabila puasa ini telah menjadi adat dan amalan kaum quraish sejak zaman jahiliyyah lagi .puasa ini juga  sudah menjadi amalan dalam kehidupan baginda SAW.setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah,Rasulullah SAW  masih terus melaksanakan ibadat berpuasa  di hari Asyura serta menggalakkan para sahabatnya untuk berpuasa sehinggalah pensyariatan puasa di bulan ramadhan.semenjak itu,puasa hari ayura digalakkan untuk melakukannya bagi sesiapa yang ingin berpuasa kerana telah ada kewajipan berpuasa sebulan di bulan ramadhan bagi kaum Muslimin.setelah itu,Rasulullah memberi pilihan kepada para sahabatnya untuk berpuasa pada hari ini dan juga untuk tidak melakukannya.hadis yang diriwayatkan oleh ibnu umar menyebutkan”suatu ketika disebutkanlah hari Asyura  di sisi rasulullah SAW.maka Rasulullah SAW pun bersabda :’itu adalah hari yang dijadikan orang-orang jahiliyyah untuk berpuasa,maka siapa di antara kalian suka berpuasa pada hari itu silakan,dan siapa yang tidak suka,tidak mengapa dia meninggalkannya.(HR MUSLIM)

Dalam suatu riwayat Ibnu Abbas ,ketika Rasulullah SAW mendatangi kota madinah,lalu baginda mendapati orang-orang Yahudi  berpuasa pada hari Asyura.maka baginda pun bertanya kepada mereka:hari apakah ini sehingga kalian berpuasa?’mereka menjawab,’hari ini adalah hari agung ,hari ketika Allah memenangkan Musa dan kaumnya,serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya.kerana itu,Musa berpuasa setiap hari itu untuk menyatkan syukur,maka kami pun melakukannya.’maka Rasulullah SAW bersabda:’kami lebih berhak dan lebih pantas untuk memuliakan Musa  daripada kalian.’kemudian baginda pun berpuasa dan memerintahkan  kaum puasa pada hari itu.(HR MUSLIM)

Seterusnya hari Asyura juga merupakan hari yang sangat diagungkan oleh kaum Yahudi serta menjadikannya sebagai hari raya.”Abu musa bercerita;’Asyura adalah hari yang sangat diagungkan oleh kaum Yahudi bahkan mereka menjadikannya sebagai hari raya.maka Rasulullah SAW bersabda;’berpuasalah kalain pada hari itu’(HR MUSLIM)

Dalam hadis yang lain telah disebutkan”penduduk khaibar berpuasa pada hari Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya ,para wanita mereka memakaiperhiasan dan pakaian-pakaian yang indah pada hari itu.maka Rasulullah SAW bersabda;’berpuasalah kalian pada hari itu.’(HR MUSLIM)
Melihat kepada hadis yang telah disebutkan,Rasulullah menggalakakn kepada kita untuk berpuasa pada hari Asyura walaupun atas dasar pilihan masing-masing kerana ia tidak diwajibkan selain puasa ramadhan.ini kerana Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari-hari tertentu seperti hari Asyura dalam meraih keutamaan dan kebaikan .Rasulullah juga melaksanakan puasa pada bulan-bulan tertentu iaitu bulan ramadhan  dengan harapan meraih keutamaan dan kebaikan pada  bulan tersebut.

HARI KE BERAPA PUASA ASYURA DILAKSANAKAN?

Puasa hari Asyura adalah jatuh pada 10 muharram sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi SAW.namun kita digalakkan untuk berpuasa  sebelum hari Asyura iaitu 9 muharam yang  dinamakan hari Tasu’a.hal ini berlaku ketika Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk melaksanakan puasa hari Asyura.lalu para sahabat memberitahu Rasulullah SAW bahawa puasa hari tersebut sangat diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.kemudian Rasulullah SAW memberitahu  kepada para sahabatnya untuk berpuasa pada hari ke sembilan muharram pada tahun depan.namun,tahun depan juga tidak kunjung tiba sehinggalah Rasulullah SAW wafat.sabda Rasulullah SAW’seandainya tahun depan aku masih hidup,nescaya saya benar-benar akan berpuasa pada hari ke sembilan(muharram).’sementara dalam riwayat abu bakr ia berkata;yakni pada hari ‘Asyura’.penggabungan di antara puasa hari Tasu’a dan hari Asyura adalah untuk membezakan pelaksanaan puasa yang dilakukan oleh kaum muslim dengan kaum Yahudi.tradisi puasa dua hari pada bulan muharram ini diteruskan oleh para sahabat dan para salafus soleh.

KELEBIHAN PUASA HARI ASYURA

Setiap suruhan  Rasulullah SAW kepada umatnya yang berbentuk sunat mempunyai hikmah dan ganjaran seseorang di sisi Allah.begitu juga puasa hari Asyura ini yang menawarkan ganjaran kepada hamba-hamba yang melakukannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis.antara kelebihan berpuasa pada hari Asyura ialah 

-diampunkan dosa-dosa yang lalu
‘daripada abi qatadah radhiallahuanhu telah berkata;seseungguhnya Rasulullah SAW ditanbya tentang puasa pada hari Asyura?maka jawab Rasulullah SAW:’sesungguhnya ia(puasa hari Asyura)menghapuskan dosa-dosa yang lepas’-HR MUSLIM

Dalam riwayat hadis yang lain,Rasulullah SAW telah bersabda:

‘puasa pada tiga hari setiap bulan dan ramadhan ke ramdhan adalah puasa satu tahun penuh,puasa arafah menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun akan datang ,sedangkan puasa Asyura menghapuskan dosa tahun lalu’-HR MUSLIM

-amalan puasa yang dilakukan adalah dapat membawa kebaikan kepada seseorang.antaranya membentuk kekuatan rohani dan jasmani,mendidik sifat sabar,melatih diri agar sentiasa ikhlas serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT.oleh itu,marilah kita merebut peluang untuk melaksanakan amal ibadah ini kerana ia adalah peluang yang datang setahun sekali dalam kehidupan kita serta niatkanlah setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk meraih keampuanan dan keredaan daripada Allah SWT.

MUHAMMAD NIZAR BIN ISHAK
TAHUN 2,FEQH WA USULUHU ,
UNIVERSITI YARMOUK

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Get in Touch