Imam Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: Daku
mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
"Hukum menyampaikan ilmu kepada
manusia dan kepada mereka yang diharap dapat mengamalkan ilmu tersebut adalah
fardu ain walaupun penyampai sendiri tidak mengamalkannya."
“Menuntut ilmu itu adalah wajib di atas setiap orang Muslim.”
Perkataan
Al-Albab merupakan perkataan bahasa arab yang berasal dari kata dasar Al-Lub(dalam).
Apabila dikatakan UlulAlbab bererti seseorang yang mendalami dan mengkaji sesuatu.Untuk
tafsiran UlulAlbab ini mungkin sesuai kita petik daripada firman Allah SWT di
dalam Al Quran, apabila Allah menceritakan tentang kelompok-kelompok manusia
yang mereka ini berlawanan dengan UlulAlbab.Siapakah mereka itu?Firman Allah di
dalam Al Quran,
Tahun 1434 hijrah telah punmelabuhkan tirainya,kini tahun 1435 hijrah pula menjengah dalam
kehidupan kita.sebagai muslim,kita
wajib bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi dipertemukan untuk
melayari kehidupan dalam tahun baru islam ini.begitulah sunnatullah,hari akan
berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan sehinggalah tahun
akan berganti tahun.akhirnya kita akan menempuhi juga kematian sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Allah dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.apa yang
pentingnya,sebagai muslim kita hendaklah bersiap sedia dalam menempuhi kematian
yang akan datang pada bila-bila masa
dengan persiapan amalan-amalan soleh dan sebagainya.bukanlah kita hidup di dunia untuk berseronok-seronok,mengejar
kehidupan dunia,dan mencari harta.akan tetapi,kita perlu sedar bahawa kita
diutus di dunia ini untuk beribadat kepada Allah SWT serta memakmurkan muka
bumiNYA.kita juga perlu menerima hakikat bahawa semakin bertambah umur kita,semakin
dekatnya kita kepada kematian.apakah kita bersedia menghadapi kematian?jawapan
itu hendaklah dipersoalkan di dalam lubuk hati kita dengan perasaan sepenuh
ikhlas kepada Allah.sempena tahun baru islam 1435 hijrah ini,marilah kita
sama-sama memperbaharui azam dan niat kita dalam kehidupan ini dengan niat
untuk berubah menjadi hamba Allah yang paling baik ,meningkatkan amal ibadat
kepada Allah dan sebagainya.
“Ilmu”,
satu perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seorang insan yang
berakal. Tiada satu sosok tubuh di dunia ini yang tidak pernah mendengar
perkataan itu. Tetapi berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat sebenar
ilmu? Bagi mengupas dengan lebih lanjut, ayuh sama-sama kita merungkai definisi
ilmu dan sejauh mana pengaplikasiannya dalam masyarakat Islam khususnya.
Perkataan ilmu dari sudut
bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti
mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu
dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala
pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang
diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang
memiliki aspek lahiriah dan batiniah.
Kedatangan nabi s.a.w ke alam ini tidak lain tidak
bukan membawa dua perkara dasar yang mesti diyakini dan dipegang ummat
Islam.Pertama rahmat agama yang tidak hanya dikhususkan kepada sekelompok
bangsa dan kaum sahaja bahkan rahmat agama yang dibawa oleh nabi s.a.w meliputi
semua ummat manusia bagi menjamin kebahagian hidup mereka di akhirat kelak.Tiada
erti hidup di dunia dan di akhirat jika seorang individu tidak berpegang dengan
agama ini.Keduanya,petunjuk kepada ummat Islam yang mengakui keesaan Allah azza
wajala dengan ucapan penyaksian kalimah tayyibah.Pengakuan keimanan tidak cukup
hanya ucapan dibibir,tapi ia mesti dibuktikan dengan pelakuan hamba-Nya dengan
melakukan apa yg dituntut oleh syarak.
Al-Quran
telah merakamkan dan menceritakan kepada kita kisah nabi Ibrahim yang mempunyai
pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh diambil serta dijadikan sebagai panduan dalam
kehidupan kita.Kisah tersebut telah dilalui oleh baginda dengan penuh kesabaran,
ketaatan,dan kecintaan kepada Allah swt.
Baginda pernah
dibakar atas perintah raja Namrud yang zalim ketika baginda berdakwah kepada
kaumnya.Baginda juga sabar dalam menanti kehadiran anak di dalam keluarganya
ketika usianya telah lanjut.Tiba saat memperoleh anak,Allah telah memerintahkan
Nabi Ibrahim agar membawa anak dan isterinya kesuatu tempat yang jauh dan diperintahkan untuk meninggalkan mereka
berdua di tengah-tengah padang pasir yang tandus tanpa mempunyai apa-apa bekalan.
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk
hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal
ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.
Salah satunya ialah:
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah
menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah:
والفجر وليال عشر
Maksudnya:Demi fajar dan malam yang sepuluh.[Al-Fajr: 1-2]
Kata Ibnu Kathir : Yang dimaksudkan di sini
ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah.
Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu
Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].
KORBAN atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan
yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang
dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau),
biri-biri dan kambing pada Hari Nahratau Hari Raya Haji (10
Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13
Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
DALIL PENSYARIATAN
Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembah yang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Allah
S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Haj
ayat 37:
Apabila berbicara mengenai
mahasiswa, sudah pasti kita terbayang susuk tubuh muda yang sedang berada di
menara gading dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Mahasiswa memiliki
karakter positif lain seperti idealis dan energik. Apa yang dimaksudkan dengan
idealis ialah mahasiswa masih belum dipengaruhi oleh kepentingan
peribadi, juga belum terbebani oleh beban sejarah atau beban tanggungjawab dan
jawatan. Ertinya mahasiswa masih bebas menempatkan diri pada posisi yang dia
anggap terbaik, tanpa adanya percampuran dan bebanan yang terlalu besar.
Manakala energik pula bermaksud mahasiswa biasanya siap sedia melakukan
kerja-kerja yang dibebankan oleh suatu ideologi yang dia telah yakini
kebenarannya. Sebagai contoh adalah para sahabat yang segera meninggalkan malam
pertamanya manakala mendengar perintah jihad.
Aku
hadir tika itu,
Betapa kau sambut penuh harapan
Bak pelangi bersinar selepas hujan
Kau sedar hadirku punya signifikan
Untuk kau memetik bintang pengampunan
Berlindung dalam panji Ilahi.
Puasa dari sudut bahasa bererti : Menahan diri daripada sesuatu sama ada
kata-kata ataupun makanan. Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.(1)
قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ
لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا
"Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman".
(Maryam : 26)
Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada
berkata-kata.
Puasa dari sudut
syarak pula bermaksud menahan diri
daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar
hingga terbenam matahari disertai dengan niat.
Ramadhan semakin mendekati kita. Tinggal kurang seminggu saja
dari sekarang. Apakah kita sudah mula berkira-kira dan merancang persiapan
menujunya? Apakah kita sudah mula mendidik anak-anak kita di rumah, kawan-kawan
kita di sekolah untuk mula melakukan persiapan menujunya?
Kalau belum, maka marilah merancang bersama kami !
Tetapi, kenapa kita perlu merancang pula? Tidak bolehkah kita
masuk begitu saja ke dalam Ramadhan? Tak bolehkah kalau kita masuk ke dalam
Ramadhan, kita puasa sajalah, bukan susah pun, kan?
Wanita Islam merupakan bahagian daripada masyarakat yang tidak
dapat dipisahkan dan mempunyai posisi yang sangat penting. Ia mempunyai
kewajipan terhadap Allah, dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan terhadap
Islam. Pada kali ini akan sedikit dibahas tentang kewajipan seorang muslimah
terhadap dirinya sendiri, masyarakat dan Islam.
Kewajipan Terhadap Diri Sendiri
Kewajipan seorang muslimah terhadap dirinya adalah berhias dengan akhlaq
yang mulia sebagai cermin dari keimanan yang ada di dalam dirinya.
Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah :
1. Hati yang lembut dan perasaan yang sensitif.
Rasulullah sebagai ikutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang
sangat lembut.
2. Jujur.
Sifat ini mutlak harus ada pada diri setiap muslimah. Jujur dalam kehidupannya,
selalu berhati-hati dengan segala ucapannya agar lidahnya tidak tergelincir
pada perkataan yang dusta.
3. Berani & mempunyai fizikal yang kuat.
Bagaimana
seorang muslimah yang berani dan kuat ?
Asma binti Abu Bakar adalah salah
seorang wanita yang dapat dijadikan contoh. Dimana dalam masa kehamilannya
beliau berjalan melintasi padang pasir dan menaiki bukit sambil membawa
bekal bagi Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar yang ketika itu bersembunyi di Gua
Tsur.
Manakala keberanian dalam berpendapat dapat kita ambil contoh teguran
Kaulah binti Sa’labah kepada Ummar bin Khattab yang pada masa kekhalifahannya
hendak membatasi harga mahar.
4. Menjauhi teman yang buruk.
Pada prinsipnya teman yang buruk adalah teman yang menjauhkan kita dari
mengingat Allah dan mengajak kita pada perbuatan yang mengundang murka Allah.
Teman seperti inilah yang harus kita hindari, kerana akhlaq seseorang itu dapat
dilihat dari akhlaq teman karibnya.
Kewajiban terhadap persekitarannya. Seorang muslimah hidup dalam suatu
lingkungan masyarakat dan saling berinteraksi dengan mereka.
Dalam berinteraksi dengan sesamanya seorang muslimah harus
memiliki hal-hal sebagai berikut :
1. Sikap adil.
Ia harus mampu bersikap adil kepada orang-orang di sekitarnya. Tidak membezakan
antara yang satu dengan yang lainnya.
2. Mengambil berat terhadap orang lain.
Ini berlaku apabila situasi dan keadaan
saudaranya yang sedang mempunyai masalah. Mengambil berat bukan bererti hanya
mengetahui bagaimana keadaan saudaranya, tetapi juga berusaha untuk menunjukkan
perhatiannya .
3. Hati yang pengasih.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk
menunjukkan rasa sayangnya itu.
4. Menjaga hak-hak orang lain.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajipan bagi diri kita untuk
memenuhinya. Sebagai contoh, hak seorang muslim dari muslim yang lain adalah
dikunjungi ketika ia sakit.
Kewajipan terhadap Islam
Diantara kewajipan muslimah terhadap Islam adalah penyertaannya dalam
menyebarkan syiar-syiar Islam. Dengan selalu berperilaku baik, menjaga adab-adab
islam, dan membina hubungan baik dengan masyarakat, maka secara tidak langsung
ia telah turut hadir dalam menyebarkan nilai-nilai Islam. Dari sinilah orang
dapat melihat dan merasakan indahnya islam sebagai rahmatan lil ‘alamin (rahmat
bagi seluruh alam).
Selain itu seorang muslimah juga dituntut untuk dapat berperan aktif dalam
membina masyarakatnya sesuai dengan kemampuan dan kelebihan masing-masing.
Aisyah r.a adalah salah satu isteri Rasulullah yang pandai
tentang ilmu hadits, fiqh, dan kedoktoran. Kemampuan tersebut beliau ajarkan
kepada para muslimah lainnya dalam rangka membina masyarakat pada saat itu.
Demikianlah kewajipan seorang muslimah yang harus ia jalankan. Dengan
mengetahui kewajipan-kewajipan tersebut diharapkan bahawa setiap muslimah akan
sedar bahawa dia hidup bukan untuk dirinya sendiri, dan dia juga islam bukan
untuk dirinya sendiri, tetapi juga hidup dan islam bagi masyarakatnya, dan
harus turut serta dalam menyebarkan nilai-nilai islam tersebut. Tanggungjawabnya begitu besar, dan kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
الحمدللهربالعالمين،والصلاةوالسلامعلىأشرفالأنبياءوالمرسلين،نبينامحمد،وعلىآلهوصحبهأجمعين عَنْأَمِيْرِالْمُؤْمِنِيْنَأَبِيْحَفْصٍعُمَرَبْنِالْخَطَّابِقَالَ:
سَمِعْتُرَسُولَاللهِيَقُوْلُ:
إِنَّمَاالْأَعْمَالُبِالنِّيَاتِ،وَإِنَّمَالِكُلِّامْرِئٍمَانَوَى،فَمَنْكَانَتْهِجْرَتُهُإِلَىاللهِوَرَسُولِهِفَهِجْرَتُهُإِلَىاللهِوَرَسْولِهِ،وَمَنْكَانَتْهِجْرَتُهُلِدُّنيَايُصِيْبُهَاأَوِامْرَأَةٍيَنْكِحُهَافَهٍجُرَتُهُإِلَىمَاهَاجَرَإِلَيْهِ . “Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu ‘anhu, beliau
berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap
orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang
siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju
keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah karena mencari dunia
atau karena ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa
yang dia tuju.” (HR. Bukhari no. 1, Muslim no. 155, 1907).
Kedudukan
Hadits
Hadits ini
begitu agung hingga sebahagian ulama salaf mengatakan “Hendaknya hadits ini
dicantumkan di permulaan kitab-kitab yang membahas ilmu syar’i.” Oleh kerana
itu Imam Al Bukhari memulai kitab Shahih-nya dengan mencantumkan hadits ini. Imam Ahmad berkata "Poros agama Islam terletak pada 3 hadits, iaitu
1.Hadits
Umar إنماالأعمالبالنيات 2.Hadits ‘Aisyah منأحدثفيأمرناهذاماليسمنهفهورد 3.Hadits An Nu’man bin Basyir الحلالبينوالحرامبين. "
Perkataan beliau ini memiliki maksud, iaitu bahwasanya amalan
seorang mukallaf berkisar antara melaksanakan perintah dan meninggalkan
larangan. Dua hal ini termasuk dalam perkara halal atau haram. Selain itu
terdapat jenis ketiga iaitu perkara syubhat yang belum diketahui secara jelas
hukumnya dan ketiga perkara ini terdapat dalam hadits An Nu’man bin Basyir.
Dan telah diketahui bersama, seorang yang hendak mengamalkan sesuatu, baik
melaksanakan suatu perintah atau meninggalkan larangan harus dilandasi dengan
niat agar amalan tersebut benar. Maka nilai suatu amal bergantung kepada adanya
niat yang menentukan amalan tersebut apakah termasuk amalan soleh dan
diterima. Kemudian segala perkara yang diwajibkan atau dianjurkan Allah ‘azza
wa jalla, secara lahiriah harus diukur dengan timbangan sehingga
amalan itu sah dan yang menjadi timbangan dalam hal ini adalah hadits ‘Aisyah.
Oleh kerana
itu, hadits ini senantiasa diperlukan di setiap perkara, di saat melaksanakan
perintah, meninggalkan larangan dan ketika berhadapan dengan perkara syubhat.
Berdasarkan hal itu, kedudukan hadits ini begitu agung, kerana seorang mukallaf
senantiasa memerlukan niat, baik dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan
perkara yang haram atau syubhat. Semua perbuatan tersebut itu tidak akan
bernilai kecuali diniatkan untuk mencari wajah Allah jalla wa ‘alaa. Tafsiran
Ulama Mengenai “Sesungguhnya Seluruh Amalan Itu Bergantung Pada Niatnya” Terdapat
beberapa lafaz dalam sabda beliau إنماالأعمالبالنياتterkadang
lafaz النية dan العمل disebutkan dalam bentuk tunggal atau jama' walaupun demikian
kedua bentuk tersebut memiliki makna yang sama, karena lafadz العمل dan النية dalam bentuk tunggal mencakup seluruh jenis amalan dan niat.
Definisi Amal
الأعمال adalah bentuk jamak dari العمل, iaitu segala sesuatu yang dilakukan seorang mukallaf dan
ucapan termasuk dalam definisi ini. Yang perlu diperhatikan maksud amal dalam
hadits tersebut tidak terbatas pada ucapan, perbuatan atau keyakinan semata,
namun lafaz الأعمال dalam hadits di atas adalah segala sesuatu
yang dilakukan mukallaf berupa perkataan, perbuatan, ucapan hati, amalan hati,
perkataan lisan dan amalan anggota tubuh. Maka seluruh perkara yang berkaitan
dengan iman termasuk dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
[Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya] karena iman terdiri
dari ucapan (baik ucapan lisan maupun ucapan hati) dan amalan (baik amalan hati
dan amalan anggota tubuh). Maka seluruh perbuatan mukallaf tercakup dalam sabda
beliau di atas. Namun
keumuman lafadz الأعمال dalam hadits ini tidaklah mutlak, karena yang dimaksud dalam
hadits tersebut hanya sebagian amal saja, tidak mutlak walaupun lafaznya umum.
Hal ini dapat diketahui bagi mereka yang telah mempelajari ilmu usul. Kerana
segala amalan yang tidak dipersyaratkan niat dalam pelaksanaannya tidaklah
termasuk dalam sabda beliau إنماالأعمالبالنيات contohnya seperti meninggalkan keharaman, mengembalikan hak-hak
orang yang dizalimi, menghilangkan najis dan yang semisalnya.
Permasalahan
Niat
Jika niat
adalah keinginan dan kehendak hati, maka niat tidak boleh diucapkan dengan
lisan karena tempatnya adalah di hati karena seseorang berkeinginan atau
berkehendak di dalam hatinya untuk melakukan sesuatu. Maka amalan yang dimaksud
dalam hadits ini adalah amalan yang dilandasi dengan keinginan dan kehendak
hati, atau dengan kata lain amalan yang disertai pengharapan untuk mendapatkan
wajah Allah. Oleh kerana itu makna niat ditunjukkan dengan lafaz yang
berbeza-beza. Terkadang dengan lafadz الإرادة dan terkadang dengan lafadz الابتغاء atau lafadz lain yang semisalnya. Seperti
firman Allah, لِلَّذِينَيُرِيدُونَوَجْهَاللَّهِوَأُولَئِكَهُمُالْمُفْلِحُونَ “Itulah yang
lebih baik bagi orang-orang yang (berniat) mencari wajah Allah; dan mereka
itulah orang-orang beruntung.” (QS. Ar Ruum: 38) وَاصْبِرْنَفْسَكَمَعَالَّذِينَيَدْعُونَرَبَّهُمْبِالْغَدَاةِوَالْعَشِيِّيُرِيدُونَوَجْهَهُ “Dan
bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi
dan senja hari dengan mengharap (berniat mendapatkan) wajah-Nya.” (QS. Al
Kahfi: 28) Atau dengan
lafaz الابتغاء seperti firman Allah, إِلاابْتِغَاءَوَجْهِرَبِّهِالأعْلَى “Tetapi (dia
memberikan itu semata-mata) kerana mencari keridhaan Tuhannya yang Maha
tinggi.” (QS. Al Lail: 20)
Makna Niat
Lafaz niat
yang tercantum dalam firman Allah ‘azza wa jalla atau yang digunakan dalam
syariat mengandung dua makna. Pertama, niat
yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri dan yang kedua bermakna niat yang
berkaitan dengan Zat yang disembah (objek/sasaran peribadatan). Maka niat itu
ada dua jenis:
-Jenis
Pertama, niat yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri. Niat dengan pengertian
semacam ini sering digunakan ahli fiqh dalam pembahasan hukum-hukum ibadah iaitu ketika mereka menyebutkan syarat-syarat suatu ibadah, semisal perkataan
mereka “Syarat pertama dari ibadah ini adalah adanya niat” Niat dalam perkataan
mereka tersebut adalah niat dengan makna yang pertama, iaitu niat yang
berkaitan dengan zat ibadah itu sendiri sehingga mampu dibezakan dengan ibadah
yang lain. -Jenis yang
kedua, adalah niat yang berkaitan dengan Zat yang disembah (objek/sasaran
peribadatan) atau sering dinamakan dengan الإخلاص iaitu memurnikan hati, niat dan amal hanya kepada Allah ‘azza wa
jalla.
Jadi kedua
makna niat di atas tercakup dalam hadits ini. Sehingga makna sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam إنماالأعمالبالنياتadalah
sesungguhnya keabsahan suatu ibadah ditentukan oleh niat, iaitu niat yang
berfungsi untuk membezakan ibadah yang satu dengan ibadah yang lain dan niat
yang bermakna mengikhlaskan peribadatan hanya kepada Allah. Sehingga tidak
tepat pendapat yang mengatakan bahwa niat yang dimaksud dalam hadits tersebut
adalah niat yang bermakna ikhlas saja atau pendapat yang mengatakan ikhlas
tidak termasuk dalam perkataan ahli fiqh ketika membahas permasalahan niat. Kedua, niatkan
kepada selain Allah itu terjadi ketika sedang melaksanakan ibadah. Terdapat dua
kondisi untuk permasalahan ini: -Kondisi
pertama, orang tersebut membatalkan niatnya yang semula ikhlas dan digantikan
dengan niatkan kepada selain Allah, maka hukumnya seperti permasalahan pertama
di atas, kerana dia telah membatalkan niatnya yang semula ikhlas kemudian
memperuntukkan ibadah tersebut kepada makhluk selain Allah. -Kondisi
kedua, seseorang memulai ibadahnya dengan ikhlas kemudian memperindah ibadahnya
seperti memperpanjang solatnya karena orang lain melihatnya, atau memanjang
rukuknya di luar kebiasaannya kerana seseorang melihatnya. Maka hal ini tidak
merosak pokok amalannya yang terletak di permulaan ibadah karena dia
melakukannya dengan ikhlas, namun yang rosak adalah amalan yang tercampur
dengan riya’ dan dia adalah seorang musyrik yang melakukan syirik asghar
(syirik kecil)-wal ‘iyadzu billah.
-Ketiga,
seseorang yang merasa senang dengan pujian orang lain setelah dia melakukan
ibadah kepada Allah Ta’ala dengan ikhlas seperti seseorang yang solat,
menghafal Al Quran, berpuasa ikhlas kepada Allah ta’ala kemudian orang lain
memujinya dan dia merasa senang dengan hal tersebut. Dalam kondisi ini, hal
tersebut tidaklah membatalkan pokok amalannya karena dia melakukan amalan
tersebut dengan niat ikhlas kepada Allah dan niatnya tidak berubah ketika
sedang melaksanakannya namun rasa senang tersebut muncul setelah dia selesai
mengerjakan amalan tersebut. Hal ini adalah kabar gembira baginya sebagaimana
disebutkan dalam hadits,
تلكعاجلبشرىالمؤمن
“Hal tersebut merupakan kabar gembira yang
disegerakan bagi seorang mukmin, yaitu dia mendengar pujian manusia kepadanya
karena ibadah yang dilakukannya padahal dia tidak menginginkannya.”
Pembagian Amal
Amalan juga
terbagi dua, apabila ditinjau dari sisi niat yang mengiringinya.
- Pertama,
amalan yang hanya boleh diniatkan untuk memperoleh wajah Allah dan tidak boleh
diiringi dengan niat untuk memperoleh ganjaran di dunia. Jenis ini terdapat di
sebahagian besar perkara ibadah. -Kedua,
perkara ibadah yang didorong oleh Allah untuk dilakukan dengan menyebutkan
ganjarannya di dunia, seperti menyambung kekerabatan sebagaimana sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْسَرَّهُأَنْيُبْسَطَلَهُفِيرِزْقِهِوَأَنْيُنْسَأَلَهُفِيأَثَرِهِفَلْيَصِلْرَحِمَهُ “Barang siapa
yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaknya dia
menyambung kekerabatan.” (HR. Bukhari nomor 1925, 5526) Atau seperti
sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, منقتلقتيلافلهسلبه “Barang siapa
yang membunuh musuh dalam peperangan, maka harta orang tersebut menjadi
miliknya.” (HR. Malik 3/339; Tirmidzi 6/66; Ath Thabrani 6/392-394; Ad Darimi
7/436; Ibnu Hibban 14/119, 20/199) Maka di dalam
hadits ini terdapat dorongan untuk berjihad disertai penyebutan ganjaran di
dunia. Maka dalam amalan model ini, boleh bagi seseorang mengharapkan ganjaran
di dunia (di samping mengharapkan niat mencari wajah Allah), karena tidak
mungkin hal tersebut disebutkan kecuali Dia mengizinkan hal tersebut.
Oleh
kerananya, boleh bagi seseorang menyambung kekerabatan dengan niat ikhlas
kepada Allah, namun di samping itu dirinya berharap mendapatkan ganjaran di
dunia seperti kelapangan rezeki dan umur yang panjang. Atau seseorang berjihad
untuk mendapatkan ghanimah (rampasan perang) dan niatnya ikhlas kepada Allah,
maka hal ini diperbolehkan dan niatnya tersebut tidak termasuk sebagai syirik
dalam niat karena Allah telah mengizinkan hal tersebut dengan menyebutkan
ganjarannya di dunia apabila dilakukan. Sehingga
amalan itu terbagi menjadi dua, yakni ibadah yang disebutkan ganjarannya di
dunia oleh Allah ‘azza wa jalla dan ibadah yang tidak disebutkan ganjarannya di
dunia oleh Allah ‘azza wa jalla. Hal ini disebutkan dalam firman Allah ‘azza wa
jalla, مَنْكَانَيُرِيدُالْحَيَاةَالدُّنْيَاوَزِينَتَهَانُوَفِّإِلَيْهِمْأَعْمَالَهُمْفِيهَاوَهُمْفِيهَالايُبْخَسُونَ “Barang siapa
yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada
mereka Balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia
itu tidak akan dirugikan.” (QS. Huud: 15) Namun yang
perlu diperhatikan bahwa darjat seseorang yang menyambung kekerabatan dengan
niat ikhlas kepada Allah lebih tinggi dan lebih besar pahalanya daripada
seseorang yang menyambung kekerabatan untuk mendapatkan dunia di samping niat
ikhlas kepada Allah. Oleh karena itu, para ulama salaf di antaranya adalah Imam
Ahmad ketika ditanya mengenai hal ini, maka beliau menjawab, “Pahalanya sesuai
dengan kadar niatnya.”
Niat untuk
mendapatkan dunia ini tidaklah membatalkan pokok amalnya akan tetapi pahalanya
berkurang sesuai kadar niatnya terhadap dunia. Sehingga semakin ikhlas kepada
Allah dalam amalan model ini, maka semakin besar pula pahalanya dan begitu pula
sebaliknya.
Sekelumit Tentang Hijrah
Huruf fa’ (الفاء)dalam sabda beliau فمنكانتهجرته berfungsi untuk merinci jenis amalan yang terkadang ditujukan
kepada Allah atau ditujukan kepada selain Allah dan dalam hadits ini Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan permisalan dengan hijrah. Hijrah (الهجرة) bermakna (الترك) meninggalkan. Pada dasarnya, tujuan berhijrah adalah berhijrah
kepada Allah ‘azza wa jalla dengan ikhlas dan mengharapkan pahala yang ada di
sisi-Nya dan juga berhijrah kepada rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam
yaitu dengan mengikuti dan tunduk kepada ajaran yang beliau bawa. Terdapat dua
golongan dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, فمنكانتهجرتهإلىاللهورسولهفهجرتهإلىاللهورسوله،ومنكانتهجرتهلدنيايصيبهاأوامرأةينكحهافهجرتهإلىماهاجرإليه -Pertama,
golongan yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya dengan niat ikhlas sehingga
mendapatkan ganjaran dan pahala dari hijrah yang dilakukakannya. Salah satu
contoh dalam masalah ini adalah seseorang yang berhijrah dari negeri syirik dan
kufur menuju negeri Islam atau seseorang yang berhijrah dari daerah yang penuh
kebid’ahan dan kemungkaran menuju daerah yang menegakkan sunnah dan minima kemungkaran. Adapun hukumnya dibahas dalam kitab-kitab fiqh secara terperinci. -Kedua,
golongan yang berhijrah disebabkan motivasi duniawi sebagaimana dalam sabda
beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, ومنكانتهجرتهلدنيايصيبهاأوامرأةينكحهافهجرتهإلىماهاجرإليه Golongan ini
seperti seorang pedagang yang berhijrah untuk mendapatkan harta atau seorang
yang berhijrah untuk menikahi wanita yang dipujanya, maka hijrah yang
dilakukannya tidaklah mendatangkan pahala dan terkadang dirinya memperoleh
dosa.
Di
dalam lipatan sejarah umat Islam, antara peristiwa yang terhebat ialah
peristiwa Israk dan Mikraj. Ia merupakan di antara mukjizat terbesar serta
tanda kerasulan Nabi SAW. Di dalamnya terdapat banyak peristiwa yang perlu kita
jadikannya sebagai pengajaran dan pedoman sepanjang hidup.
Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa
pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran
Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam
iaitu ibadah solat.
Gambar Hiasan Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang
menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas
bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang
al haq ini.